Sunday, January 18, 2009

Selamat Tahun Baru!

1 komen
Bulan Disember hampir tamat, bulan Januari pula semakin menjelang tiba. Itu juga bermaksud, persiapan untuk menyambut tahun baru sudah pun berada dalam fikiran semua orang, terutama sekali anak-anak muda. Semua sudah sedia maklum, sambutan untuk permulaan tahun dalam kalendar Masihi itu pasti akan disertakan dengan 'countdown' dan juga bunga api yang berwarna warni.


Dan gejala sosial..dan arak..dan maksiat..dan lumba haram..dan dadah..dan..dan..


Terlalu banyak penyakit dari barat itu menular di kalangan rakyat di timur. Umum sudah sedia maklum, pasti peristiwa pada awal pagi tahun baru itu akan menghiasi dada-dada akhbar tempatan.

"Aku rase, kite patut buat sesuatu la malam New Year ni. Ape kate kite buat jamuan 'barbecue' kat rumah Abang Nan?" timbul idea yang bernas tu daripada mulut Zainal.

"Aku setuju. Tapi nak sediakan semua tu, makan belanja jugak. Kalau semua tu boleh dibayar ngan bulu kaki aku, senang cite. Aku open table je." ujar Khalil berseloroh. "Takpe, kite boleh collect duit sorang sikit. Barang RM10 ke satu kepale."

"Satu kepale RM10? Tapi kite laki ni ade lebih daripade 1 kepale setiap sorang.." jawab Nasrul.


Suasana menjadi sepi seketika.


"Skarang ni, kite nak adekan ape mase jamuan tu? Aku cadangkan, ayam tu menu wajib. Pastu mesti ade sosej, ngan satu menu seafood. Ada cadangan lain?" ujar Along memecah keheningan malam.

"Kalau bab seafood, pakcik boleh usahakan. Pakcik ade kenal orang, boleh dapat ikan murah." jawab Pakcik Din.

Masing-masing mengangguk tanda setuju. Tapi Syamin angguk tanda mengantuk.

"Ok, cun..Skarang ni, bab menu dah setel. RM10 tu, rasenye cukup ke? Agak-agak berape orang nak gengjoin majlis tu nanti?" sambung Along.

"RM10 tu cukup kot. Geng kite ni ade lebih kurang 20 orang. Tapi tak semua boleh join. Silap2 diorang ade plan ngan family masing2." ujar Boy.

Blablabla..

Pelbagai topik perbincangan telah diutarakan pada malam tersebut, dengan topik utamanya berkisar kepada majlis sambutan New Year.

**********

31 Disember, jam 8 malam. Persiapan sudah pun dibuat di hadapan rumah Abang Nan. Hujan yang sedari petang itu renyai-renyai diselang-seli dengan lebat itu tidak menghalang anak-anak muda Lian ini untuk sama-sama menyumbang tenaga demi menambah lemak di badan pada hari itu.

Seramai hampir 20 orang dan seekor kucing telah menyertai majlis tersebut. Agak meriah dan padat rumah Abang Nan pada malam itu.

"I'm proud my son in National Service" tu patut ditukar dengan "I'm proud my son in Lian".






"Abang, saye nak sosej tu," kata adik Qayyum.

"Tak boleh! Kalo nak, goreng sendiri," jawab Zafir.





"Dah siap ke blom? Eii..Lambat betol," kata Nizam.







Masing-masing hanya mampu tersenyum, sebab lazatnya sampai tak terkata.






"Sebelum org lain rembat ayam ni, baik aku rembat dulu," kata Along.







"Tepi! Tepi! Ni aku punye!" Kata Abang. "Kalo nak rase belebat genap dan sumbang aku, amik ar."

"Ek ele..kerek ar mamat ni," kata Shahrul.




Editor: Kitorang tau korang terliur tengok. Takpe2, jamah mata je sudah.







"Tuan hamba pegang apa itu? Nak sikit," kata Khamal.

"Amik ar. Tak abes siap ko," kata suara misteri tersebut.





"Haha..Awak ni kelakar la," kata Halim.

"Ko baru tau ke? Satu taman dah tau aku ni kelakar," jawab Nizam.





"Korang tengok aku buat tangan tanpa bayang. Haip!" kata Zafir.

Semua orang buat tak layan.





"E'eh, cantik la warna bara ni.." kata Epul.

Epul memang suke warna pink.





Gaya seorang pendekar yang kekenyangan.

"Woi, dah ke blom? Penat aku posing nih," kata Abang Nan.

Khamal amik kesempatan buat iklan Colgate secara interframe.



Eh, ada pelakon Tamil juga?







"Saya dulu nak berlakon KL Menjerit, tapi tak dapat. Berlakon dalam Kempadang Menjerit pon takpe la.." kata Shahrul.






Bersama Pengarah dan Penerbit filem Hindustan.







"Ah, serupa mahu hujan," kata Jojo.







"Ala, dapat masuk tangan je pon jadi la.." kata empunya tangan misteri itu.






"Huu..diorang dah kebas ayam saye..." rintih Sapa.

"Padan muke kau," kata Anep sambil memantulkan cahaya ke arah cameraman.




"Camne kalo aku tangkap gambar aku sendiri? Mesti lagi cun daripade yang budak2 ni ambik," kata Abang Nan sendirian.






No komen.















"Sayang, suapkan la I.." kata Sapa.

Maaf, untuk tontonan 18 tahun ke atas.





"Weh, tepi sket. Lubang hidung ko penuh satu frame," kata Zafir.

"Ah, lobang idong ni la jadi pujaan semua wanita," balas Jojo.





Iklan Darlie pun ada, Colgate, serta Ubat gigi Safi.







"Korang ni lembab sangat masak. Tengok ni pakar Chef Nan suda mari," kata Abang Nan.






Antara menu malam tersebut.

Istiqomah dalam Lian

0 komen
Seperti yang kita dah sedia maklum, Lian ni adalah Latihan Istiqomah Anggota Nafas. Setiap perkataan tu ada maksudnya yang tersendiri, so kalau nak diterangkan secara terperinci memang jenuh la..

Dalam post ni, aku nak cerite pasal Istiqomah dalam Lian. 28 Disember lepas, seramai 6 orang pesilat Lian yang dah tamat belajar kesemua 22 jurus telah menjalani 1 upacara yang menguji tahap kemantapan fizikal dan mental diorang. 4 orang dari gelanggang TBP, manakala 2 orang lagi dari gelanggang Cenderawasih.

Upacara ni, aku pun tak pasti ape name dia. Tapi yang pasti, hanye pesilat2 yang dah tamat jurus je yang boleh jalani upacara ni. Setiap pesilat dikehendaki membawa 4 batang lilin yang mewakili 4 penjuru. Setiap lilin tu panjangnye mesti same, dan dinyalakan atas lantai mengikut 'rumah' dan 'jarak' yang dirasekan sesuai, terserah kepade individu2 tu.

Menurut Abang Nan, biasenye upacara ni dilakukan antara 5-10 tahun sekali oleh Pok Yee. So, disebabkan macam terlalu lama, maka Abang Nan pun bercadang untuk buat 'trial' kat pesilat2 nih sekadar untuk bagi diorang pengalaman. Untuk upacara ni, Abang Nan telah memilih jurus 'Asahan Sebelah'.

Setiap pesilat dikehendaki melakukan jurus tu tanpa henti sampai lilin terakhir daripada keempat2 lilin tu padam. Dijangka setiap lilin mempunyai jangka hayat selama 4 jam. So, bayangkan la sendiri. Tanpa 'latihan' dan 'istiqomah' yang jitu, memang seseorang tu takkan mampu tahan dengan upacara ni.

Upacara ni bermula tepat pukul 12 malam. Selain 6 pesilat tu, Abang Nan juga dibantu oleh 2 orang pesilat lain, iaitu Along dan Jojo. Pembantu memang sangat diperlukan malam tu, since Abang Nan kena make sure 24 batang lilin tu sentiasa menyala. Dengan angin kuat berserta hujan yang mencurah2 lepas pukul 1, upacara tu memang jadi sangat mencabar.


Senarai nama pesilat yang menyertai upacara ni (maaf, hanya nama gelaran je):
1) Adik Amir
2) Izwan
3) Sam
4) Boy
5) Shahrul
6) Zainal

Dijangka lilin2 tu padam hampir 4 jam, tapi atas sebab2 yang tak diketahui, lilin terakhir padam lepas hampir 2 jam. Menurut Abang Nan, setiap lilin yang mana padam dulu, ada maksudnye yang tersendiri bagi setiap individu tu. Mungkin belum sampai masanya untuk kita kongsi cerita tersebut. So diharap agar akan ada lagi upacara ni dijalankan di masa2 yang akan datang.

Majulah Lian untuk Melayu.
 

Gaya Hidup Sihat Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template