Sunday, January 18, 2009

Istiqomah dalam Lian


Seperti yang kita dah sedia maklum, Lian ni adalah Latihan Istiqomah Anggota Nafas. Setiap perkataan tu ada maksudnya yang tersendiri, so kalau nak diterangkan secara terperinci memang jenuh la..

Dalam post ni, aku nak cerite pasal Istiqomah dalam Lian. 28 Disember lepas, seramai 6 orang pesilat Lian yang dah tamat belajar kesemua 22 jurus telah menjalani 1 upacara yang menguji tahap kemantapan fizikal dan mental diorang. 4 orang dari gelanggang TBP, manakala 2 orang lagi dari gelanggang Cenderawasih.

Upacara ni, aku pun tak pasti ape name dia. Tapi yang pasti, hanye pesilat2 yang dah tamat jurus je yang boleh jalani upacara ni. Setiap pesilat dikehendaki membawa 4 batang lilin yang mewakili 4 penjuru. Setiap lilin tu panjangnye mesti same, dan dinyalakan atas lantai mengikut 'rumah' dan 'jarak' yang dirasekan sesuai, terserah kepade individu2 tu.

Menurut Abang Nan, biasenye upacara ni dilakukan antara 5-10 tahun sekali oleh Pok Yee. So, disebabkan macam terlalu lama, maka Abang Nan pun bercadang untuk buat 'trial' kat pesilat2 nih sekadar untuk bagi diorang pengalaman. Untuk upacara ni, Abang Nan telah memilih jurus 'Asahan Sebelah'.

Setiap pesilat dikehendaki melakukan jurus tu tanpa henti sampai lilin terakhir daripada keempat2 lilin tu padam. Dijangka setiap lilin mempunyai jangka hayat selama 4 jam. So, bayangkan la sendiri. Tanpa 'latihan' dan 'istiqomah' yang jitu, memang seseorang tu takkan mampu tahan dengan upacara ni.

Upacara ni bermula tepat pukul 12 malam. Selain 6 pesilat tu, Abang Nan juga dibantu oleh 2 orang pesilat lain, iaitu Along dan Jojo. Pembantu memang sangat diperlukan malam tu, since Abang Nan kena make sure 24 batang lilin tu sentiasa menyala. Dengan angin kuat berserta hujan yang mencurah2 lepas pukul 1, upacara tu memang jadi sangat mencabar.


Senarai nama pesilat yang menyertai upacara ni (maaf, hanya nama gelaran je):
1) Adik Amir
2) Izwan
3) Sam
4) Boy
5) Shahrul
6) Zainal

Dijangka lilin2 tu padam hampir 4 jam, tapi atas sebab2 yang tak diketahui, lilin terakhir padam lepas hampir 2 jam. Menurut Abang Nan, setiap lilin yang mana padam dulu, ada maksudnye yang tersendiri bagi setiap individu tu. Mungkin belum sampai masanya untuk kita kongsi cerita tersebut. So diharap agar akan ada lagi upacara ni dijalankan di masa2 yang akan datang.

Majulah Lian untuk Melayu.

0 komen:

 

Gaya Hidup Sihat Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template