Monday, December 22, 2008

Lian semakin berkembang di Kempadang



KUANTAN 8 Dis - Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia cawangan Pahang sekali lagi mencipta sejarah hari ini apabila seramai 19 ahli baru telah manjalani upacara penerimaan anak guru dan murid atau yang lebih dikenali sebagai "bai'ah" di kalangan ahli Lian.

Upacara yang bermula pada jam 9 malam itu telah dijalankan dengan jayanya di dewan serbaguna kawasan Semambu yang juga terkenal sebagai Gelanggang Semambu yang mana ianya telah dihadiri oleh ahli-ahli Lian, jurulatih-jurulatih Lian, serta Guru Utama Lian iaitu Nazri bin Husin atau lebih dikenali sebagai 'Pok Yee'.

Lian cawangan Kempadang (Gelanggang Taman Berjaya Permai) lebih membanggakan apabila berjaya menarik seramai 10 orang daripada jumlah tersebut, dan selebihnya adalah daripada cawangan Semambu dan juga Pekan. Ia secara tidak langsung telah memecahkan rekod seramai 9 orang ahli yang telah menjalani upacara tersebut pada 13 November yang lalu, dari gelanggang yang sama.

Ketua Jurulatih Lian Malaysia, Mohd. Asnan Othman (gambar) yang ditemui dipetik sebagai berkata, kejayaan menarik lebih ramai ahli ini adalah hasil usaha ahli-ahli senior dari gelanggang tersebut yang tidak jemu-jemu menceritakan tentang kebaikan menyertai silat ini kepada mereka.

"Saya berharap agar dengan kehadiran ahli-ahli baru ini, keamanan Taman Berjaya Permai dapat dijaga daripada anasir-anasir luar yang cuba untuk merosakkan keharmonian taman ini, selain daripada dapat membentuk sahsiah diri serta menanam sifat kemelayuan di dalam diri anak-anak muda zaman sekarang. Mereka inilah yang akan dibentuk untuk menjaga keamanan taman ini," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Nan.

Beliau yang juga selaku jurulatih gelanggang Taman Berjaya Permai menekankan tentang peri pentingnya anak-anak Melayu dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini untuk mengisi ilmu di dada, terutama sekali dalam ilmu seni mempertahankan diri. Selain dapat digunakan untuk menjaga diri sendiri, ia juga dapat digunakan untuk mempertahankan orang lain.

"Belum tentu kita akan selamat kalau keluar berseorangan di bandar atau di mana-mana. Tiada sesiapa yang akan membantu, kecuali diri kita sendiri. So, kalau training tak kuat, sendiri mau ingat," ujar beliau.

Respon daripada ahli:

Nasrul
"Pada mulanya agak sukar untuk saya mengikuti kelas yang dijalankan, kerana latihan fizikalnya sungguh mencabar tubuh badan saya. Saya nyaris mahu keluar daripada terus mengikuti silat ini. Tetapi sekarang, saya seperti gian untuk berlatih. Tak berlatih sehari, saya rasa sakit badan hendak demam."





Khamal
"Dulu saya nak pumping sekali pun susah. Sekarang, pejam mata pun boleh buat sekurang-kurangnya 30 kali. Dalam sehari saya boleh buat lebih kurang 500 kali, hebat kan? Terima kasih kepada Lian, kerana menyedarkan saya betapa pentingnya latihan fizikal dan mental dalam setiap gerakan."




Adik Qayyum
"Abah, penat la buat bridge."








Sepintas Lalu...
Suasana ketika sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis bai'ah.
- Pok Yee sedang memikirkan macam mana nak pasang speaker ke laptop itu.
- Abang Nan tersenyum melihat gambar yang terpampang di desktop laptop (gambar apakah itu? ehem...)
- Wan dengan muka serius cuba cover daripada Abang Nan.
- Adik Qayyum hanya mampu tergamam melihat gambar itu.


Sedang menunggu - ada yang masih belum sampai.
- Penantian penuh debaran kepada ahli-ahli baru, yang sebelum itu telah digertak untuk bersiap sedia menahan serangan daripada Pok Yee.
- "Sedapnya bau ayam KFC..." kata ahli-ahli lama.




Pesilat-pesilat baru dikehendaki untuk duduk berbaris di barisan hadapan, sementara pesilat-pesilat lama duduk di belakang.
- Mereka hanya mampu tersenyum secara paksa apabila melihat bilah-bilah keris yang Pok Yee tayangkan di depan mereka.
- "Aku nak balik sekarang boleh tak?" ujar Sapa.




Abang Nan memberi penerangan secara ringkas kepada pesilat-pesilat baru mengenai upacara-upacara yang akan diadakan.
- "Ingat, bila keris diletak kat leher korang, tandas ada kat tepi dewan bagi sesape yang nak terkencing." kata Abang Nan.




Dan masih ada yang buat kedai kopi di belakang dewan..

















Kelihatan Pok Yee sedang berbincang sesuatu dengan Abang Nan sebelum upacara bermula.
- "Minggu depan jom kita tengok cerita Ip Man." kata Pok Yee.
- "Boleh!" jawab Abang Nan.

Namun sehingga ke hari ini, Pok Yee belum lagi tengok cerita tu sedangkan Abang Nan dah tengok 3 kali secara senyap-senyap...


Dan bermulalah agenda utama pada hari itu:


Sesi bergambar menutup tirai majlis...
- Adik beradik Lian, complete full set.







- Adik beradik Lian jugak, tapi lain ayah lain mak. Dari gelanggang Cenderawasih.






- Kanak-kanak Lian Kempadang.










Dari meja editor:
- Blog ini sekadar untuk leisure time reading. Bukan dengan tujuan yang serius. Maaf jika ada yang terasa. Wallahualam.

5 komen:

Azham Shah on December 23, 2008 at 12:50 PM said...

Nampaknya Cawangan USJ kena kerja lebih kuat untuk menarik lebih ramai ahli untuk sessi 2009.

Tahniah!
Salam saya untuk Pok Yee dan Asnan. Hari tu masa datang Segambut saya ada kelas kat UIA.

Azham Shah on December 23, 2008 at 12:50 PM said...
This comment has been removed by the author.
syukri on December 25, 2008 at 12:31 PM said...

Salam Kepada Saudara Lian Sekalian,
Tahniah saya ucapkan kepada moderator PGSLM - TBP dengan blog yang penug informasi dan penuh krativiti.

Ikhlas daripada;
Saudara Lian Segambut
http://liansegambut.blogspot.com

kenpachi on January 13, 2009 at 4:45 AM said...

berstu,aman dan teguh...ayuh orang melayu..jdkan lian sbgai cara hidup

Unknown on August 15, 2013 at 6:37 PM said...

Salam kepada admin blog pgslm-tbp dan ahli yang lain..
saya terlihat ada ahli drpd gelanggang cenderawasih. Boleh saya tau di mana gelanggangnya? kerana saya duduk berhampiran cenderawasih..

Mungkin saya blh ziarah ke gelanggang cenderawasih. sedikit sbyak blh mendengar pencerahan ilmu persilatan ini drpd ahli cenderawsih.

contact no: aizat_115@yahoo.com.my

 

Gaya Hidup Sihat Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template