Thursday, November 13, 2008

Agama, Bangsa, dan Negara



"Bahawasanya saya berikrar dan berjanji akan mematuhi peraturan dan undang-undang seni mempertahankan diri ini serta mengawal dan membela agama, bangsa, dan negara, serta keluarga dan keperibadian diri saya dengan izin Allah."

Begitulah 'akujanji' yang telah disebut oleh 20 orang pesilat baru Lian di hadapan Tok Guru kita, Pok Yee pada Majlis Penerimaan Tok Guru dan Anak Murid atau lebih dikenali sebagai "Bai'ah" di kalangan anggota Lian, pada 13hb November lalu di gelanggang Semambu.

"Membela agama, bangsa, dan negara" - satu ungkapan yang sering didengar dan disebut tatkala kita mengangkat ikrar. Akan tetapi, sejauh mana pengetahuan kita tentang maksud sebenar di sebalik ungkapan tersebut? Adakah membela agama bermaksud menentang agama lain yang mengutuk agama kita? Adakah membela bangsa bermaksud bermusuhan dengan bangsa yang tidak menghormati kita? Dan adakah membela negara bermaksud mempertahankan negara daripada anasir luar sahaja?

Pokok pangkal untuk persoalan-persoalan itu, diri kita sendiri.

Tidak harus kita persalahkan agama lain yang mengutuk agama kita jikalau kita sendiri tidak mencerminkan tatasusila agama kita. Minum arak, berjudi, pergaulan bebas, rasuah, etc - adakah itu seruan Islam?

Mengapa harus kita bermusuhan dengan bangsa lain yang tidak menghormati kita sedangkan sesama bangsa kita sendiri pun berlaku perbalahan? Bukankah itu memburukkan bangsa sendiri di mata bangsa-bangsa lain? Layakkah kita mendapat penghormatan daripada mereka? Bangsa Melayu yang dulunya terkenal dengan budi bahasa serta kesabaran yang tinggi, adakah kita mencerminkan keperibadian Melayu seperti itu? Tepuk dada, tanya iman.

Dan apabila kita menyebut tentang membela negara, ramai yang masih alpa. Pernyataan itu tidak memfokuskan kepada ancaman daripada anasir luar semata-mata, tetapi juga ancaman yang terdapat di dalam negara. Undang-undang yang telah dicipta mengikut perlembagaan bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat, tetapi untuk kesejahteraan bersama. Undang-undang itulah yang harus kita bela.

Berdiri dari kanan: Abang Nan, Along, Iwan, Halim, Khamal, Lan, Zainal
Duduk dari kanan: Khalil, Nizam, Pok Yee, Khalid, Nasrul

0 komen:

 

Gaya Hidup Sihat Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template