Tuesday, November 04, 2008

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh



Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah SWT dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta sahabatnya yang berusaha menyebarkan syariat Islam.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya maka terlahirlah blog ini, sebagai 'pendatang' baru di alam siber.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli
Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia, cawangan Taman Berjaya Permai, Kuantan, terutama sekali kepada pendokong dan peneraju utama pertubuhan, Nazri b. Husin atau lebih dikenali sebagai 'Pok Yee', dan juga kepada jurulatih yang berpengalaman sebagai 'penunjuk jalan' kepada ahli-ahli Lian, Mohd. Asnan b. Othman atau lebih dikenali sebagai 'Abg. Nan'. Tanpa usaha dan jasa mereka, Gerak Silat Lian takkan berkembang dan digeruni kawan serta lawan sehingga kini.

Secara tuntasnya, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Pok Yee sendiri dan telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 pada 19hb. Disember 1996 di Pahang, yang mana kemudiannya telah didaftarkan di bawah Akta Sukan 1997 pada 25hb. November 2004.

GSL ini adalah salah satu cabang seni bela diri yang lebih memfokuskan kepada gabungan latihan mental, spiritual, dan fizikal yang berkesan apabila disertakan dengan teknik pernafasan yang jitu dan mantap. Ini bersesuaian dengan akronim bagi 'LIAN' itu sendiri, iaitu
Latihan Istiqomah Anggota Nafas. Rahsia dalam sasaran pukulan serta jatuhan yang ada dalam GSL ini menjadikan ia sebagai yang terhebat dalam pertempuran jarak dekat atau 'close-range fight' dalam arena persilatan dan seni bela diri yang seangkatan.

Semoga dengan kehadiran blog ini, ia dapat mendekatkan GSL kepada anggota masyarakat perihal kehidupan sebenar sebagai seorang Lian serta kelebihan dalam mempelajarinya, agar manfaatnya dapat digunakan pada landasan yang betul, InsyaAllah.

Sekian.

"Senjata Bagi Kita, Rahsia Bagi Musuh"

0 komen:

 

Gaya Hidup Sihat Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template